Banner
Tarikh & Waktu Tempatan :

my-bizondanet -place where my mind-biz stories goes...

Anda sedang online di mack-netondaline

Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi bertandang ke site cik mack-net... selalulah berkunjung ke sini untuk mengetahui berita-berita dan perkembangan mengenai kami..

[[ Main Blog | 2nd: boutme-ondanet | 3rd: mybiz-ondanet | 4th: myfav-ondanet | 5th: mytaz-ondanet ]]

Sunday, February 17, 2008
Mengubah keburukan menjadi keuntungan...

 

Kisah kedua ialah bagaimana kehidupan sekeluarga petani yang tinggal di bahagian Florida, Amerika Syarikat. Orang-orang itu telah berjaya mengubah ular berbisa menjadi wang. Waktu mula-mula mereka mengerjakan ladangnya, mereka berputus asa. Keadaan tanah sangat buruk sehingga tidak mungkin ditanami buah-buahan atau digunakan sebagai tempat menternak haiwan. Tiada tanaman berguna yang tumbuh di sana. Tanah tersebut penuh dengan semak dan belukar serta ular berbisa. Kemudian mereka mendapat gagasan yang terbaik. Semua kekayaan semulajadi yang terdapat di tanah tersebut diubah menjadi modal. Jelasnya, mereka ingin menternak ular berbisa.

Hasilnya sangat menakjubkan. Semua orang tercengang dan takjub ketika mereka mula mengeluarkan daging ular yang diawet. Beberapa tahun kemudian semakin ramai pelancong datang ke sana ingin menyaksikan penternakan ular tersebut. Pelancong yang datang ke sana secara purata dua puluh ribu orang setahun. Usahanya berkembang pesat. Bisa ular tersebut dihantar ke pusat penyelidikan untuk dibuat toksin antivenom atau "penawar bisa". Kulitnya dijual, kulit ular yang mahal harganya ini dibuat kasut dan beg tangan wanita. Daging awet ular ini dikirim ke segenap penjuru dunia. Desa tersebut kini diberi nama gelaran baru "Rattle Snake Florida" sebagai tanda penghargaan terhadap orang yang telah berjaya mengubah keburukan menjadi keuntungan.

Dipetik dari :
Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah
Pengarang : En. Shariff Ahmad

Banyaknye laa artikel yang aku petik dari penulisan En. Shariff Ahmad nih. Mungkin pasal semua tulisan beliau berasaskan fakta tue yang membuatkan aku ashik siarkan petikan dari penulisan dier jerk tuh. Apepun nie aku nak cerita skit mengenai apa yang dimaksudkan dengan mengubah keburukan menjadi keuntungan sepertimana yang diceritakan En. Shariff Ahmad melalui perspektif aku sendiri. Hehe.. Start merapu arr nih. Tepulanglah kepada anda semua rerasa nak bacer ke xnak tapi aku propose xyah bacer. Memang cam ampesh!! hehe..

Mungkin saye telah dikurniakan kebolehan berfikir secara kreatif yang telampau-lampau membuatkan saye sentiasa melihat sesuatu perkara atau benda itu dari sudut pandangan yang berlainan, berbeza dari pandangan biasa. Bahaya tue cam leh tengok X-Ray laks! hihi.. Jangan ingat laks aku nie membangga diri cuma ingin berkongsi sesuatu ngan anda semua mengenai pandangan sayer terhadap sesuatu perkara / benda tuh. Mesti kowang pas nie pening xpaham kott!!

Kay!! lets start it to begin..
Pandangan yang saye maksudkan tuh bukanlah cam sepertimana yang nCik Op citer tentang kawan dier ader kuasa psikik. Aku maner arr paham benda2 psikik nih. Yang aku maksudkan ialah macam nie. Saye mau anda semua melihat sesuatu benda, aper-aper jerklah xkira kotak kerk, ketas kerk, komputer kerk, dakwat kerk, aweks kerk. Hehe.. Skang nie aper yang anda nampak dari benda-benda nih??  Haaa!! tue arr yang nak citer nih!!. Sekiranya anda nih seowang yang positif aper yang anda nampak tuh mestilah sesuatu yang positif. Seperti mana "mengubah keburukan menjadi keuntungan" itu tadi.

Sebagai contoh saye, saye melihat komputer itu bukan sahaja sebagai suatu alat biasa saje tapi saye cuba menjadikannya sesuatu alat yang luarbiasa. Saye memandangnye ke sudut positif iaitu dengan memanfaat komputer itu menjadi satu alat yang boleh menghasilkan wang (luarbiasa). Saye melihat pula kertas, kat sini nih sayer guner ketas kad arr. Asalnye ia ketas kad kosong yang tidak bernilai. Tetapi dengan menggunakan sedikit pengetahuan komputer, sayer mencetak sesuatu di atas ketas kad kosong ini.

Saye memandang dakwat itu bukan semata ianya hanya sekadar cecair sahaja tetapi dakwat tuh adalah ink yang akan tercetak di atas ketas kad kosong itu tadie. Saya menggunakan printer tuks mencetak ketas kad kosong itu. Saya meletakkan sedikit maklumat berbantukan sedikit pengetahuan saye dengan sedikit dakwat. Di sini saya telah mengubah ketas kad kosong itu dengan bantuan komputer menjadi sesuatu yang bukan sekadar ketas kad kosong semata.

Hasilnya saye telah menukar ketas kad kosong tadi berbantukan komputer, dakwat, printer serta sedikit pengetahuan sayer menjadi kad biz yang maner sayer tawarkan tuks 100 keping harganya RM30 inggit tuks warna penuh dan dahulu sebulan saye mampu membuat jualan RM200 ke RM300 tuks cetakan kad sahaja x temasuk perkhidmatan lain yang saye tawarkan. Tue belum tuks cetakan kad kahwin. Lagi arr untung giler2 tapie setakat nih saye lums buat tuks cetakan kad kawin. Masih dalam perancangan.

Itu yang saye maksudkan dengan pandangan sayer terhadap sesuatu perkara / benda tuh. Saya melihat sesuatu itu dengan mengubah keburukan menjadi keuntungan sepertimana yang En. Shariff katakan. Cara bagaimana tuks mengubah keburukan menjadi keuntungan adalah dengan sentiasa melihat sesuatu itu melalui sudut pandangan positif. Sekiranya seseorang itu becerita tentang sesuatu perkara tuh dan anda mendengar. Cuba anda bayangkan sesuatu yang positif dari aper yang diceritakan tuh. Sekiranya anda boleh paham serta kenal aper yang positif, baik & buruk sesuatu perkara tuh sememangnya anda nih bukan setakat seorang yang positif sahaja tetapi juga kreatif. 

Ermm.. memboringkan..
Dah cakap dah tadi jangan bace memang cam ampesh!! sekurang-kurangnye dapat gaks sayer kongsikan sesuatu ngan anda sumer.

Sebelum tue saye nak bertanye anda, penahkah anda melihat orang mengutip sampah cam kotak kerk, botol kerk, surat khabar lamer kerk, besi buruk kerk?? Selalunya golongan pengutip cam gini nih adalah golongan cam mat fit (mengisap) atau kutu rayau atau apek2 tua. Tapi perasaankah anda?? disebalik diowang nih mengutip benda-benda yang kiter nih anggap kotor, jijik. Kita xsedar ader sedikit kebijakan dalam kepala otak diowang nih. Ini kerana mereka telah berjaya memahami apa yang dimaksudkan dengan mengubah keburukan itu menjadi keuntungan. Selalunyer owang yang berpandangan macam nih adalah dari masyarakat Cina. Mereka bijak dan paham konsep nie disebabkan mereka cenderung di dalam perniagaan. Maka banyak-banyakkanlah mengamati perspektif pandangan masyarakat Cina tuks lebih faham. Sampai jumpa lagi.

P/S:
Berharap sangat anda sumer leh arr bagi skit komen kalau kowang rajin bace penulisan tentang pendapat aku nih. Xkisah nak kutuk kerk, komen kerk, kritik kerk. Bukan aper, cuma nak bekongsi pendapat anda sumer... tue jerk!! salam perkongsian, tinkiyu...

Ke Blog Utama


Posted at 04:10 pm by macknetoo
Make a comment  

Saturday, July 03, 2004
Berapa nilai diri anda??

New Page 2

 

Jika anda mempunyai saudara yang kaya-raya dan telah mewasiatkan hartanya untuk anda gunakan pada setiap hari sebanyak RM1,440.00. Mahukah anda? Anda boleh membelanjakan seumur hidup anda. 

Jika anda bekerja dengan seorang majikan yang memperolehi keuntungan perniagaan sebanyak RM50,000.00 sebulan. Adakah anda percaya beliau akan memberi gaji anda lebih daripada RM2,000.00 sebulan? Tidak mungkin! Untuk meningkatkan jualan syarikat anda diberi berbagai insentif jika dapat mencapai sasaran jualan syarikat. Dengan lain perkataan anda perlu melakukan kerja lebih masa. Berapa banyakkah masa yang dimiliki? Cuba lihat perkiraan ini.

Dalam sejam terdapat 60 minit dan dalam sehari ada 24 jam.

~ 60 x 24 = 1440 minit.

Jika dikira masa anda hanya RM1.00 seminit. Maka pendapatan anda sebanyak RM1,440.00 sehari. Pendapatan anda sebulan ialah RM43,200.00. 

Percayakah anda beribu-ribu jutawan di dunia ini mempunyai pendapatan melebihi RM1.00 seminit? Ya!!, sudah tentu.

Harta yang semua orang miliki adalah sama iaitu MASA - 60 minit sejam dan 24 jam sehari. Jadi mengapa ada orang boleh menjadi jutawan? Jawapannya ialah kerana mereka sudah tahu menilai diri mereka. Jadi bagaimana dengan kita? Jadi anda juga boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM1,440.00 setiap hari. Bagaimanakah caranya? Mula-mula sekali anda mesti menginsafi diri anda. Bukalah fikiran anda untuk belajar serba sedikit. Kosongkan fikiran anda barulah anda boleh menerima pengetahuan baru.

George Benard Show pernah berkata bahawa beliau mendapat wang yang cukup banyak hanya dengan melakukan sesuatu perkara beberapa kali seminggu dimana ramai manusia tidak melakukannya. Perkara itu ialah BERFIKIR.

Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah
Pengarang : En. Shariff Ahmad

Aku xtau nak komen apa. Sekadar tuks kesedaran bersama bukan berniat tuk menyinggung memaner pihak. Hehe ;P diri sendiri pons seminit sih xmampu nak lepas singgit lagie. Cukup-cukup makan tuks perut sendiri jeh!. Apapun marilah kita bersama tingkatkan nilai diri kita suma. Maner arr tau leh dapat RM1,440.00 sehari. Gilerk banyak woo!! tiga keturunan pons x abis enjoy, bepoye-poye duit banyak nih. Hehe ;P. X baik ingat enjoy jeh! ingat tuhan skit weihh!!. Kaylah!! salam perkongsian berpanjangan...

P/S: Berharap sangat anda sumer leh arr bagi skit komen kalau kowang rajin bace penulisan tentang pendapat aku nih. Xkisah nak kutuk kerk, perbetul kerk, tambah kerk, kritik kerk. Bukan aper, cuma nak bekongsi pendapat anda sumer... tue jerk!! salam perkongsian, tinkiyu...

Ke Blog Utama


Posted at 03:28 am by macknetoo
Comment  

Wednesday, June 30, 2004
Akal malas tak kaya-kaya...

New Page 2

 

Ramai orang yang rajin bekerja tetapi tidak juga kaya-kaya, sebaliknya orang yang malas pula boleh menjadi kaya dan orang yang sangat rajin bekerja pula menjadi orang suruhan si kaya yang malas. Sebagai contoh lihatlah kepada majikan anda, katakanlah anda seorang pengurus di dalam sebuah syarikat, oleh kerana pemilik syarikat tempat anda bekerja itu malas untuk menguruskannya maka dia telah mengupah anda untuk menguruskannya. 

Pengurusan pula dibahagi-bahagikan kepada beberapa pecahan, seperti pengurus pentadbiran, pengurus pemasaran, pengurus jabatan, pengurus jualan, pengurus kewangan dan berbagai-bagai jawatan pengurus, kerani, jurutaip dan berbagai-bagai lagi jawatan yang diwujudkan supaya perjalanan syarikat jadi lancar dan maju. Pemilik syarikat hanya bertindak memberi arahan-arahan sahaja dan orang lain yang akan menjalankan kerja-kerja dengan begitu tekun sekali. Pemilik syarikat akan menjadi kaya-raya dan pekerja pula cuma boleh senang sahaja tetapi tidak kaya, ataupun cuma cukup-cukup makan sahaja. Begitulah juga jika anda bekerja sebagai seorang jurujual, oleh kerana pemilik syarikat tempat kerja anda itu malas untuk pergi menjual sendiri barangannya maka dia telah mengupah ramai jurujual atau eksekutif pemasaran untuk membuat jualan.

Mereka ini akan bekerja dengan rajin supaya mendapat ganjaran dan komisyen yang lumayan. Syarikat pula memperolehi keuntungan yang besar melalui jualan yang dibuat oleh ramai eksekutif pemasarannya. Seandainya pendapatan anda sebulan ialah RM2,000, iaitu kira-kira 20% sahaja dari keuntungan sesuatu produk yang dijual. Sebaliknya syarikat akan memperolehi 80% keuntungannya. Jika sesebuah syarikat mempunyai sepuluh orang jurujual, syarikat akan memperolehi keuntungan sebanyak 800%.

Bayangkanlah pendapatan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dalam sebulan. Ianya seolah-olah menjadikan orang lain sebagai orang suruhan secara tidak langsung walaupun dibayar gaji yang kononnya agak lumayan. Penulis bukanlah bermaksud untuk menghina sesiapa atau mana-mana pihak tetapi apa yang mahu penulis sampaikan ialah mengenai orang yang boleh menjadi kaya tetapi dia masih mempunyai sikap malas lalu menggunakan tenaga orang lain.

Sebaliknya tauke syarikat hanya menggunakan secara maksimum keupayaan akalnya ataupun otaknya. Ini berbeza dengan orang yang hanya bekerja keras dan hanya menggunakan tenaga tetapi kurang menggunakan akal dan tidak kaya-kaya walaupun telah bekerja berbelas ataupun berpuluh tahun lamanya. Sebaliknya majikan akan menjadi lebih kaya dalam masa dua hingga tiga tahun sahaja.

Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah
Pengarang : En. Shariff Ahmad

Nak komen skit, berdasarkan pengalaman sendiri memang hasil keuntungan jualan adalah boleh dikatakan anggaran 80%-90% dan komisen yang kita berikan kepada mereka yang tolong membuat jualan hanya sekadar 10% atau 20%. Tetapi dalam perniagaan bukanlah % yang diambil kira tetapi bagaimanakah caranya kita mampu untuk membuat jualan yang banyak, pertingkatkan jualan kita dan memperolehi keuntungan yang berterusan. Dari situlah terhasilnya keuntungan yang berganda. 

Tapi buat anda yang bekerja, pendapat En. Shariff tue anda benarnya. Tapi berdasarkan pendapat saya pula adalah elok sekiranya anda mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, ini sepertimana hadis Rasulullah S.A.W. mengatakan:

"Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan"

Rasulullah S.A.W. sendiri telah menerangkan keuntungan dalam perniagaan itu. Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cubalah rasai pengalaman niaga itu dahulu dan teruskan dengan kerja tetap anda. Mulakan langkah pertama niaga anda secara sambilan dan sekiranya anda rasa anda sudah cukup berkemampuan untuk melakukannya secara sepenuh masa. Itu adalah pilihan yang bijak lagi terbaik. Sampai jumpa lagi...

P/S: Berharap sangat anda sumer leh arr bagi skit komen kalau kowang rajin bace penulisan tentang pendapat aku nih. Xkisah nak kutuk kerk, perbetul kerk, tambah kerk, kritik kerk. Bukan aper, cuma nak bekongsi pendapat anda sumer... tue jerk!! salam perkongsian, tinkiyu...

Ke Blog Utama


Posted at 07:16 pm by macknetoo
Comment  

Saturday, June 26, 2004
Sejarah Revolusi Perniagaan...

 

Perniagaan yang mula-mula wujud dalam sejarah ialah di rumah. Hinggalah pada zaman revolusi industri asalnya perniagaan sebenar ialah perniagaan di rumah. Berlakunya revolusi industri dengan terbinanya kilang-kilang yang besar dan kompleks pejabat, kesinambungan perniagaan di rumah sedikit tergugat. Tapi sekarang perniagaan di rumah popular kembali.

Mungkin pada masa dahulu perniagaan di rumah sebagai perniagaan yang penakut dan berhati kecil. Sekarang anggapan itu tidak boleh dipakai lagi. Boleh dikatakan semua multi-jutawan dan multi-billionaire memulakan perniagaan di rumah. Ia adalah satu langkah awal yang mempunyai perkiraan bijak, yang penting ialah merancang masa depan dengan baik dengan kebolehan yang anda ada.

Berjuta orang pada masa kini yakin bahawa perniagaan di rumah adalah jenis kerjaya terbaik. Sekarang ini di Amerika kira-kira 26 juta perniagaan di rumah sudah pun beroperasi. Pada akhir 1995, 14 juta rakyat Amerika berniaga di rumah sepenuh masa, sedangkan 13 juta orang lagi berniaga separuh masa. Nampaknya bagi kira-kira lebih dari 40% tenaga kerja di Amerika dan Kanada akan beroperasi dari rumah. Keadaan ini juga akan dijangka berlaku di Malaysia dimana sekarang semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta meletakkan jawatan pada usia muda untuk berniaga. Berikut adalah sebab-sebab mengapa ramai orang berniaga di rumah.

01. Menambah pendapatan
02. Persediaan awal
03. Kebebasan
04. Melakukan kerja yang disukai
05. Kurang tekanan
06. Keyakinan diri
07. Impian menjadi kenyataan
08. Pengiktirafan
09. Menjimatkan masa
10. Kerja yang penting
11. Kemajuan teknologi


Di zaman yang begitu pantas perkembangan teknologinya kini semakin ramai orang lebih suka dan memilih untuk bekerja di rumah yang mana sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan. Terdapat beribu-ribu orang melakukannya setiap hari di seluruh dunia.

Menjalankan perniagaan dan pekerjaan di rumah sesuai untuk semua orang malah mereka mempunyai masa yang lebih banyak untuk bersama keluarga, dapat bersama keluarga sewaktu mereka sakit, bekerja dalam suasanan kekeluargaan, mendapat bantuan dan sokongan keluarga.

Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah
Pengarang : En. Shariff Ahmad

Kat ateih adalah sebab-sebab yang dipetik dari penulisan ncik Shariff Ahmad tapi kat sini nih aku nak bagi antara causes aku laks aper yang bestnye buat kije / perniagaan nie di rumah anda sendiri. Berikut adalah sebab-sebab berdasarkan pengalaman aku sendiri yang mana dulu aku penah memulakan pengalaman niaga aku di premis peniagaan ataupun kedai tapie yang peliknye kedai nie xder rupe kedai tapi cam umah. Kowang mesti herannyer nih. Hehe.. ;P. Xyah heran. Jom! bace sesebabnyeh...

01. X perlu lesen peniagaan tuks bermula
Beniaga di rumah nie tuks start dier anda xperlulah daftar biz anda dulu. Sebabnye, peniagaan dirumah nie yang pentingnye anda kena mencubanye dahulu, kalau dalam base biznye 'test market'. Yerklah!! mandangkan anda baru jerk bejinak dalam biz nie, anda xtau produk / perkhidmatan aper yang anda patut jual jadi anda masih lagi kurang paham bagaimanakah sambutan bakal pelanggan dan masih tatau aperkah produk / perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di luar saner dan jenis perkhidmatan / niaga apakah yang sesuai, cocok dengan diri anda??

02. Produk & perkhidmatan yang pelbagai
Tuks peniagaan di umah nie, leh kater arr sumer barang anda leh jual, segala perkhidmatan anda boleh tawarkan. Hehe.. jangan pikir ke lain laks!! Tugas yang anda perlu lakukan tuks memulakan biz kat umah nie ialah mengumpulkan sebanyak mane produk / perkhidmatan yang anda mampu jual, tawarkan. Xkiralah samaada produk tue produk jualan langsung yang bebentuk makanan kesihatan, prepaid kad kerk, biskut kerk, kek kerk paperlah. 

Tuks peniagaan bebentuk perkhidmatan laks cubalah anda fikirkan sesuatu perkhidmatan yang memenuhi keperluan asas kehidupan setiap orang seperti makan, minum, pakai, belajar, membuat panggilan dan sebagainya. Fikirkan perkhidmatan berasaskan kepada keperluan asasi kehidupan seseorang pengguna. Sesuatu yang digunakan sehari-hari dalam hidup setiap orang sebagai pengguna. Asalkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan tue anda raser boleh digunakan / dirasakan perlu oleh pengguna dan tidak memudaratkan pengguna menggunakannya, bentuk perkhidmatan seperti itulah yang anda patut tawarkan. Sememangnya tugas pengguna ialah mengguna dan satu perkara lagi ialah setiap orang itu adalah pengguna. Ingat tue...

03. Bebas dari sebarang kongkongan
Bebas lerk sesangat almaklom arr... Bebas cemane tuh? anda kije sendiri. Skang nie anda kije tuks saper? tuks perut saper? Anda xkije saper yang kebulur? Hehe... Soalan paling penting, saper boss kat sinih?? Sukati aku laa... ko saper nak sesuruh aku nih! ahaks.. ;P 

Anda tidak terikat dengan jadual kerja yang ditetapkan. Jadual kerja anda, anda yang tetapkan sendiri. Tue yang bestnye tuh!. Anda leh beribadah mengikut kemampuan anda. Makan minum semuanye terjage ngan baik. Nampaknye semakin sihatlah anda kalau anda kije kat umah jerk. Hehe... Sesekali kena gaks jumpa customer blanje minum teh tarik, roti canai kerk. Ahaks ;P

04. Kebebasan bekerja dalam suasana santai
Cam pegi bekelah weihh!! Sambil landing tengok TB pons leh buat kije wa cakap lue.. Cam aku dulue sesambil aku wat keja treat customer, aku leh tengok tb, makan minum dan memacam lagie pasal suasana persekitaran cam kat umah. Kalau baik sangat sesambil tengah makan minum tue kasi arr kat customer skit kalau xmau buat arr muker xmalu makan sengsorang, xyah jemput. Hehe.. ;P

Lagi satu, cam biasa arr kalau orang dedulu selalu cakap kat tetamu kalau datang umah buat arr cam umah sendiri. Bayangkan anda buat kija kat umah anda sendiri. Anda pakai tuala puns sih lagi leh buat kije, mane tau sesiap abis mandi jerk ader call dari customer nakkan services anda, time tue anda sudahpun dikira bekerja. Hehe..

05. Tumpuan dan perkhidmatan terbaik
Sampai skang nih owang masih lagi memerlukan pekhidmatan yang saye tawarkan. Mereka akan tetap mencari sayer walau macamane puns. Aper sebabnyer?? Setakat nie saye melakukan kerja yang customer mahukan dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini setiap customer takkan lari dari kite dan mengikat mereka menjadi regular customer / tetap kite. Sebab utama ialah mereka cukup berpuas atie dengan hasil kerja yang saye lakukan dahulu. Saye dapat melakukan kerja dengan sepuas ati seolah menganggap kije yang diserahkan adalah seperti keja saye sendiri disebabkan environment yang selesa. Hasilnye saye dapat memberikan sesuatu seperti ape yang saye mahukan walaupun kije tersebut adalah tugasan pelanggan kepada saye dan saye mendapat upah dari hasil kerja tersebut. 

Tapi aper yang bestnye kat sinih, ataupun leh ar kate kelebihan biz nih ialah hasil kerja kiter tuh kiter yang akan tetapkan harganya. Xkira mahal atau murahnye hasil keja kite tuh kite caj, customer tetap akan bayar kalau tidak xperlulah diowang mencari kiter. Tapi nasihat saye kat sinih, caj perkhidmatan tuh biar arr berpada-pada. Jangan arr menekan sangat atau telampau demand camlah anda nih mampu memberi pekhidmatan tip-top (Cam bagus arr sangat). Belajarlah berniaga secara berhikmah. Pepandailah anda menambat hati pelanggan anda.

06. Keseronokan, tidak merasa letih
Aper yang seronoknyer?? Anda boleh bekerja tanpa menghadkan masa anda. Anda boleh berhenti / berehat selama mane yang anda mahukan dan berhak berehat sampai letih anda tuls2 hilang. Hehe.. ;P Anda tetapkan masa anda bekerja sendiri seperti mane saye ceritakan di atas. Tapi keseronokan yang saye nak citer nih ialah sesambil kite kije, anda sih lagi boleh tengok Euro 2004 kerk, Akademi Fantasia kerk. Hehe... Sesambil makan biskut meri cicah teh o puns leh kijerk. ;P Sure best weihh!!

07. Komitmen kerja yang konsisten
Samer jerklah ngan kat ateih tue. Anda boleh kija tanpa henti non-stop 24 jam semaksima tahap kemampuan anda. Aper gilerk kijer cenggini ingat kiter nih robot kerk?? Hehe.. Tapi kijerk sendiri di rumah nie anda bebas dari tekanan mana-mana pihak dan anda boleh bekerja dalam suasana tenang tanpa gangguan.  

Anda boleh bekerja mengikut keselesaan anda tanpa sekatan, tanpa halangan. Aper yang penting kat sinih anda tau anda kije tuks isi perut saper?? Sekiranya anda bekerja sendiri dan sudah bekeluarga anda kena arr keja tuh lebih skit. Cam aku nih still single, aweks pons takder lagie leh arr wat kije sesambil memain jerk!! Apapun aku enjoys ngan aper yang aku buat dan puas dengan hasil yang diperolehi. Kira cukup arr makan tuks perut sendiri. Kesimpulannyer kat sinih, tepuk dada tanya selera.

08. Tiada had pendapatan yang diperolehi
Kat sini nih, kira cam pebezaan makan gaji ngan biz arr. Kay!! Kije kat umah nie kire pendapatan anda tiada batasannyer. Wahh!! cambest jerk bunyiknyer. Tapiii.. nie yang kureng nih. isk! isk! Tengok arr cemaner style kijer anda tuh dan apekah jenis biz yang anda lakukan tuks mencapai pendapatan unlimited tuh??

Kiranye anda bejayer mencapai sasaran pendapatan unlimited maksudnye gaji anggaran dalam 5 angka gitue. Makanye leh arr anda nih dikira lebih hebat dari owang yang kije makan gaji setaraf tuh yang memperoleh gaji tesebut dengan tepakser belajar, bekorban tenaga betaun2 lamernye dan tepakse mengorbankan banyak wang ringgit banyak pihak. Juge tepakser korbankan mase kin sampai separuh usia baru leh capai taraf gaji tesebut. Tapi limitnye sekadar tuh dan kalau nak naik gaji lagi kena arr kije bih kuat lagie dan tepakser berkorban lebih lagi. Sanggup kerk?? Aku xsanggup.. hehe ;D

Tapie bayangkan keseronokan yang diperoleh bekerja sendiri tapi masih mampu peroleh taraf gaji yang sama yang layak diperoleh oleh mereka yang bependidikan tinggi sahaja atau golongan kroni sahaje. Heheh.. Mereka terpakse mengorbankan banyak perkare tetapi anda tidak. Anda bebas melakukan aper saja tapi mereka tidak. Itulah yang dinamakan kebahagiaan dalam hidup. Kebebasan dan ketenangan merupakan kebahagiaan dalam kehidupan. Cuma kita sahaja yang tak tahu camana nak memperolehnya dengan cara yang betul. Berusahalah! dan sentiasa belajar anda pasti berjaya!!

Penutup
Ermm.. Kaylah! sebagai penutup. Lastly aku nak bagi contoh arr peniagaan yang berasaskan di rumah (home-biz) yang penah dijalankan. Kalau kat Selangor nih susah skit arr nak jumpa. Masyarakat Melayu yang leh kita tengok banyak melakukan peniagaan berasaskan home-biz boleh dilihat di negeri Kelantan. Di sana anda boleh lihat sendiri pelbagai jenis perniagaan dijalankan berasaskan home-biz. Jangan tekejut kalau anda pegi ke Kelantan, kalau anda masuk ke kawasan kampung-kampung atau taman perumahan suasananya tidak seperti kampung biasa dan taman perumahan biasa. Nak tau silalah melawat ke sana. Kat Selangor nih contoh yang tebaik leh kate peniagaan berasaskan home-biz adalah Pusat Asuhan Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai 'Kindergarten'.

P/S : Aku banyak merapu dalam mengeksplain kat ateih tuh! Arap kowang sume dapat bezakan antara merapu ngan fakta. Apapun, aku nih muder lagi beb!! dan sih banyak lagi kena belajar. Segala aper yang saye citerkan adalah melalui perkongsian pengalaman dari orang lain juge dan dari pengamatan dan pemerhatian sendiri tuks melahirkan sesuatu yang fresh. Sesungguhnya anda adalah aper yang anda fikirkan. Kay!! Jumpa lagi lain tika lain maser.. Salamzz

Ke Blog Utama


Posted at 01:06 am by macknetoo
Comment  


[title] Profile Section

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Berapa Lamer Bacer Daa.. ::.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Layan Radio ::.

Klik > :: ERA.FM :: < Klik

Klik > :: HITZ.FM :: < Klik

The service is supported by Jiwang.Net

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Kaunter Pelawat ::.


 The service is supported by
okcounter.com

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
 
[title] Side Section

Disclaimer:  
 Blogsite ini merupakan laman blog sokongan kepada blogsite utama yang menggunakan url : http://netondaline.blogdrive.com
 
 
 
 Blogsite ini adalah laman blog yang dikhususkan untuk menempatkan & menampung koleksi bahan-bahan artikel atau cerita menarik yang pernah dipaparkan di blogsite utama. Terdapat 4 blogsite sokongan telah dibina bagi menempatkan koleksi bahan-bahan menarik tersebut. Ianya dikelaskan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
 
 blogsite sokongan 1:
 
 boutme-ondanet 
 ~ koleksi kisah-kisah atau catatan peribadi mengenai diri saya, aktiviti yang dilakukan, rakan-rakan dsbgnya khususnya yang melibatkan diri saya.
blogsite sokongan 2: 
 
 mybiz-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat saya di dalam dunia perniagaan dan kisah-kisah berkaitannya.
 blogsite sokongan 3:

 
 myfav-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat & hobi saya terutamanya mengenai komputer, muzik, filem dan sebagainya.
 blogsite sokongan 4:

 
 mytaz-ondanet 
 ~ koleksi seperti kisah-kisah teladan, tarbiyah, tazkirah dan artikel menarik berkenaan islam samaada sebagai cara hidup atau pegangan agama. Juga kupasan mengenai dunia islam masakini yang melibatkan politik, sosio-ekonomi, budaya dan sebagainya.



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Copyright © 2004 mack-netondaline
.:: Screen Resolution 1024x768 ::.
.:: 2004 - 2006 my memorial ::.

Blogdrive