Banner
Tarikh & Waktu Tempatan :

my-bizondanet -place where my mind-biz stories goes...

Anda sedang online di mack-netondaline

Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi bertandang ke site cik mack-net... selalulah berkunjung ke sini untuk mengetahui berita-berita dan perkembangan mengenai kami..

[[ Main Blog | 2nd: boutme-ondanet | 3rd: mybiz-ondanet | 4th: myfav-ondanet | 5th: mytaz-ondanet ]]

Saturday, June 26, 2004
Sejarah Revolusi Perniagaan...

 

Perniagaan yang mula-mula wujud dalam sejarah ialah di rumah. Hinggalah pada zaman revolusi industri asalnya perniagaan sebenar ialah perniagaan di rumah. Berlakunya revolusi industri dengan terbinanya kilang-kilang yang besar dan kompleks pejabat, kesinambungan perniagaan di rumah sedikit tergugat. Tapi sekarang perniagaan di rumah popular kembali.

Mungkin pada masa dahulu perniagaan di rumah sebagai perniagaan yang penakut dan berhati kecil. Sekarang anggapan itu tidak boleh dipakai lagi. Boleh dikatakan semua multi-jutawan dan multi-billionaire memulakan perniagaan di rumah. Ia adalah satu langkah awal yang mempunyai perkiraan bijak, yang penting ialah merancang masa depan dengan baik dengan kebolehan yang anda ada.

Berjuta orang pada masa kini yakin bahawa perniagaan di rumah adalah jenis kerjaya terbaik. Sekarang ini di Amerika kira-kira 26 juta perniagaan di rumah sudah pun beroperasi. Pada akhir 1995, 14 juta rakyat Amerika berniaga di rumah sepenuh masa, sedangkan 13 juta orang lagi berniaga separuh masa. Nampaknya bagi kira-kira lebih dari 40% tenaga kerja di Amerika dan Kanada akan beroperasi dari rumah. Keadaan ini juga akan dijangka berlaku di Malaysia dimana sekarang semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta meletakkan jawatan pada usia muda untuk berniaga. Berikut adalah sebab-sebab mengapa ramai orang berniaga di rumah.

01. Menambah pendapatan
02. Persediaan awal
03. Kebebasan
04. Melakukan kerja yang disukai
05. Kurang tekanan
06. Keyakinan diri
07. Impian menjadi kenyataan
08. Pengiktirafan
09. Menjimatkan masa
10. Kerja yang penting
11. Kemajuan teknologi


Di zaman yang begitu pantas perkembangan teknologinya kini semakin ramai orang lebih suka dan memilih untuk bekerja di rumah yang mana sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan. Terdapat beribu-ribu orang melakukannya setiap hari di seluruh dunia.

Menjalankan perniagaan dan pekerjaan di rumah sesuai untuk semua orang malah mereka mempunyai masa yang lebih banyak untuk bersama keluarga, dapat bersama keluarga sewaktu mereka sakit, bekerja dalam suasanan kekeluargaan, mendapat bantuan dan sokongan keluarga.

Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah
Pengarang : En. Shariff Ahmad

Kat ateih adalah sebab-sebab yang dipetik dari penulisan ncik Shariff Ahmad tapi kat sini nih aku nak bagi antara causes aku laks aper yang bestnye buat kije / perniagaan nie di rumah anda sendiri. Berikut adalah sebab-sebab berdasarkan pengalaman aku sendiri yang mana dulu aku penah memulakan pengalaman niaga aku di premis peniagaan ataupun kedai tapie yang peliknye kedai nie xder rupe kedai tapi cam umah. Kowang mesti herannyer nih. Hehe.. ;P. Xyah heran. Jom! bace sesebabnyeh...

01. X perlu lesen peniagaan tuks bermula
Beniaga di rumah nie tuks start dier anda xperlulah daftar biz anda dulu. Sebabnye, peniagaan dirumah nie yang pentingnye anda kena mencubanye dahulu, kalau dalam base biznye 'test market'. Yerklah!! mandangkan anda baru jerk bejinak dalam biz nie, anda xtau produk / perkhidmatan aper yang anda patut jual jadi anda masih lagi kurang paham bagaimanakah sambutan bakal pelanggan dan masih tatau aperkah produk / perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di luar saner dan jenis perkhidmatan / niaga apakah yang sesuai, cocok dengan diri anda??

02. Produk & perkhidmatan yang pelbagai
Tuks peniagaan di umah nie, leh kater arr sumer barang anda leh jual, segala perkhidmatan anda boleh tawarkan. Hehe.. jangan pikir ke lain laks!! Tugas yang anda perlu lakukan tuks memulakan biz kat umah nie ialah mengumpulkan sebanyak mane produk / perkhidmatan yang anda mampu jual, tawarkan. Xkiralah samaada produk tue produk jualan langsung yang bebentuk makanan kesihatan, prepaid kad kerk, biskut kerk, kek kerk paperlah. 

Tuks peniagaan bebentuk perkhidmatan laks cubalah anda fikirkan sesuatu perkhidmatan yang memenuhi keperluan asas kehidupan setiap orang seperti makan, minum, pakai, belajar, membuat panggilan dan sebagainya. Fikirkan perkhidmatan berasaskan kepada keperluan asasi kehidupan seseorang pengguna. Sesuatu yang digunakan sehari-hari dalam hidup setiap orang sebagai pengguna. Asalkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan tue anda raser boleh digunakan / dirasakan perlu oleh pengguna dan tidak memudaratkan pengguna menggunakannya, bentuk perkhidmatan seperti itulah yang anda patut tawarkan. Sememangnya tugas pengguna ialah mengguna dan satu perkara lagi ialah setiap orang itu adalah pengguna. Ingat tue...

03. Bebas dari sebarang kongkongan
Bebas lerk sesangat almaklom arr... Bebas cemane tuh? anda kije sendiri. Skang nie anda kije tuks saper? tuks perut saper? Anda xkije saper yang kebulur? Hehe... Soalan paling penting, saper boss kat sinih?? Sukati aku laa... ko saper nak sesuruh aku nih! ahaks.. ;P 

Anda tidak terikat dengan jadual kerja yang ditetapkan. Jadual kerja anda, anda yang tetapkan sendiri. Tue yang bestnye tuh!. Anda leh beribadah mengikut kemampuan anda. Makan minum semuanye terjage ngan baik. Nampaknye semakin sihatlah anda kalau anda kije kat umah jerk. Hehe... Sesekali kena gaks jumpa customer blanje minum teh tarik, roti canai kerk. Ahaks ;P

04. Kebebasan bekerja dalam suasana santai
Cam pegi bekelah weihh!! Sambil landing tengok TB pons leh buat kije wa cakap lue.. Cam aku dulue sesambil aku wat keja treat customer, aku leh tengok tb, makan minum dan memacam lagie pasal suasana persekitaran cam kat umah. Kalau baik sangat sesambil tengah makan minum tue kasi arr kat customer skit kalau xmau buat arr muker xmalu makan sengsorang, xyah jemput. Hehe.. ;P

Lagi satu, cam biasa arr kalau orang dedulu selalu cakap kat tetamu kalau datang umah buat arr cam umah sendiri. Bayangkan anda buat kija kat umah anda sendiri. Anda pakai tuala puns sih lagi leh buat kije, mane tau sesiap abis mandi jerk ader call dari customer nakkan services anda, time tue anda sudahpun dikira bekerja. Hehe..

05. Tumpuan dan perkhidmatan terbaik
Sampai skang nih owang masih lagi memerlukan pekhidmatan yang saye tawarkan. Mereka akan tetap mencari sayer walau macamane puns. Aper sebabnyer?? Setakat nie saye melakukan kerja yang customer mahukan dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini setiap customer takkan lari dari kite dan mengikat mereka menjadi regular customer / tetap kite. Sebab utama ialah mereka cukup berpuas atie dengan hasil kerja yang saye lakukan dahulu. Saye dapat melakukan kerja dengan sepuas ati seolah menganggap kije yang diserahkan adalah seperti keja saye sendiri disebabkan environment yang selesa. Hasilnye saye dapat memberikan sesuatu seperti ape yang saye mahukan walaupun kije tersebut adalah tugasan pelanggan kepada saye dan saye mendapat upah dari hasil kerja tersebut. 

Tapi aper yang bestnye kat sinih, ataupun leh ar kate kelebihan biz nih ialah hasil kerja kiter tuh kiter yang akan tetapkan harganya. Xkira mahal atau murahnye hasil keja kite tuh kite caj, customer tetap akan bayar kalau tidak xperlulah diowang mencari kiter. Tapi nasihat saye kat sinih, caj perkhidmatan tuh biar arr berpada-pada. Jangan arr menekan sangat atau telampau demand camlah anda nih mampu memberi pekhidmatan tip-top (Cam bagus arr sangat). Belajarlah berniaga secara berhikmah. Pepandailah anda menambat hati pelanggan anda.

06. Keseronokan, tidak merasa letih
Aper yang seronoknyer?? Anda boleh bekerja tanpa menghadkan masa anda. Anda boleh berhenti / berehat selama mane yang anda mahukan dan berhak berehat sampai letih anda tuls2 hilang. Hehe.. ;P Anda tetapkan masa anda bekerja sendiri seperti mane saye ceritakan di atas. Tapi keseronokan yang saye nak citer nih ialah sesambil kite kije, anda sih lagi boleh tengok Euro 2004 kerk, Akademi Fantasia kerk. Hehe... Sesambil makan biskut meri cicah teh o puns leh kijerk. ;P Sure best weihh!!

07. Komitmen kerja yang konsisten
Samer jerklah ngan kat ateih tue. Anda boleh kija tanpa henti non-stop 24 jam semaksima tahap kemampuan anda. Aper gilerk kijer cenggini ingat kiter nih robot kerk?? Hehe.. Tapi kijerk sendiri di rumah nie anda bebas dari tekanan mana-mana pihak dan anda boleh bekerja dalam suasana tenang tanpa gangguan.  

Anda boleh bekerja mengikut keselesaan anda tanpa sekatan, tanpa halangan. Aper yang penting kat sinih anda tau anda kije tuks isi perut saper?? Sekiranya anda bekerja sendiri dan sudah bekeluarga anda kena arr keja tuh lebih skit. Cam aku nih still single, aweks pons takder lagie leh arr wat kije sesambil memain jerk!! Apapun aku enjoys ngan aper yang aku buat dan puas dengan hasil yang diperolehi. Kira cukup arr makan tuks perut sendiri. Kesimpulannyer kat sinih, tepuk dada tanya selera.

08. Tiada had pendapatan yang diperolehi
Kat sini nih, kira cam pebezaan makan gaji ngan biz arr. Kay!! Kije kat umah nie kire pendapatan anda tiada batasannyer. Wahh!! cambest jerk bunyiknyer. Tapiii.. nie yang kureng nih. isk! isk! Tengok arr cemaner style kijer anda tuh dan apekah jenis biz yang anda lakukan tuks mencapai pendapatan unlimited tuh??

Kiranye anda bejayer mencapai sasaran pendapatan unlimited maksudnye gaji anggaran dalam 5 angka gitue. Makanye leh arr anda nih dikira lebih hebat dari owang yang kije makan gaji setaraf tuh yang memperoleh gaji tesebut dengan tepakser belajar, bekorban tenaga betaun2 lamernye dan tepakse mengorbankan banyak wang ringgit banyak pihak. Juge tepakser korbankan mase kin sampai separuh usia baru leh capai taraf gaji tesebut. Tapi limitnye sekadar tuh dan kalau nak naik gaji lagi kena arr kije bih kuat lagie dan tepakser berkorban lebih lagi. Sanggup kerk?? Aku xsanggup.. hehe ;D

Tapie bayangkan keseronokan yang diperoleh bekerja sendiri tapi masih mampu peroleh taraf gaji yang sama yang layak diperoleh oleh mereka yang bependidikan tinggi sahaja atau golongan kroni sahaje. Heheh.. Mereka terpakse mengorbankan banyak perkare tetapi anda tidak. Anda bebas melakukan aper saja tapi mereka tidak. Itulah yang dinamakan kebahagiaan dalam hidup. Kebebasan dan ketenangan merupakan kebahagiaan dalam kehidupan. Cuma kita sahaja yang tak tahu camana nak memperolehnya dengan cara yang betul. Berusahalah! dan sentiasa belajar anda pasti berjaya!!

Penutup
Ermm.. Kaylah! sebagai penutup. Lastly aku nak bagi contoh arr peniagaan yang berasaskan di rumah (home-biz) yang penah dijalankan. Kalau kat Selangor nih susah skit arr nak jumpa. Masyarakat Melayu yang leh kita tengok banyak melakukan peniagaan berasaskan home-biz boleh dilihat di negeri Kelantan. Di sana anda boleh lihat sendiri pelbagai jenis perniagaan dijalankan berasaskan home-biz. Jangan tekejut kalau anda pegi ke Kelantan, kalau anda masuk ke kawasan kampung-kampung atau taman perumahan suasananya tidak seperti kampung biasa dan taman perumahan biasa. Nak tau silalah melawat ke sana. Kat Selangor nih contoh yang tebaik leh kate peniagaan berasaskan home-biz adalah Pusat Asuhan Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai 'Kindergarten'.

P/S : Aku banyak merapu dalam mengeksplain kat ateih tuh! Arap kowang sume dapat bezakan antara merapu ngan fakta. Apapun, aku nih muder lagi beb!! dan sih banyak lagi kena belajar. Segala aper yang saye citerkan adalah melalui perkongsian pengalaman dari orang lain juge dan dari pengamatan dan pemerhatian sendiri tuks melahirkan sesuatu yang fresh. Sesungguhnya anda adalah aper yang anda fikirkan. Kay!! Jumpa lagi lain tika lain maser.. Salamzz

Ke Blog Utama


Posted at 01:06 am by macknetoo

mozerkus2
July 7, 2005   11:18 PM PDT
 
About what u saying???
Syamsul Sahrin
May 29, 2005   01:58 AM PDT
 
Please give full detail
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry

[title] Profile Section

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Berapa Lamer Bacer Daa.. ::.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Layan Radio ::.

Klik > :: ERA.FM :: < Klik

Klik > :: HITZ.FM :: < Klik

The service is supported by Jiwang.Net

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Kaunter Pelawat ::.


 The service is supported by
okcounter.com

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


<< June 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30
 
[title] Side Section

Disclaimer:  
 Blogsite ini merupakan laman blog sokongan kepada blogsite utama yang menggunakan url : http://netondaline.blogdrive.com
 
 
 
 Blogsite ini adalah laman blog yang dikhususkan untuk menempatkan & menampung koleksi bahan-bahan artikel atau cerita menarik yang pernah dipaparkan di blogsite utama. Terdapat 4 blogsite sokongan telah dibina bagi menempatkan koleksi bahan-bahan menarik tersebut. Ianya dikelaskan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
 
 blogsite sokongan 1:
 
 boutme-ondanet 
 ~ koleksi kisah-kisah atau catatan peribadi mengenai diri saya, aktiviti yang dilakukan, rakan-rakan dsbgnya khususnya yang melibatkan diri saya.
blogsite sokongan 2: 
 
 mybiz-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat saya di dalam dunia perniagaan dan kisah-kisah berkaitannya.
 blogsite sokongan 3:

 
 myfav-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat & hobi saya terutamanya mengenai komputer, muzik, filem dan sebagainya.
 blogsite sokongan 4:

 
 mytaz-ondanet 
 ~ koleksi seperti kisah-kisah teladan, tarbiyah, tazkirah dan artikel menarik berkenaan islam samaada sebagai cara hidup atau pegangan agama. Juga kupasan mengenai dunia islam masakini yang melibatkan politik, sosio-ekonomi, budaya dan sebagainya.



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Copyright © 2004 mack-netondaline
.:: Screen Resolution 1024x768 ::.
.:: 2004 - 2006 my memorial ::.

Blogdrive