Ramai orang yang rajin bekerja tetapi tidak juga kaya-kaya, sebaliknya
orang yang malas pula boleh menjadi kaya dan orang yang sangat rajin bekerja pula menjadi
orang suruhan si kaya yang malas. Sebagai contoh lihatlah kepada majikan anda, katakanlah anda seorang
pengurus di dalam sebuah syarikat, oleh kerana pemilik syarikat tempat anda bekerja
itu malas untuk menguruskannya maka dia telah mengupah anda untuk menguruskannya.
Pengurusan pula dibahagi-bahagikan kepada beberapa pecahan, seperti pengurus pentadbiran, pengurus pemasaran, pengurus
jabatan, pengurus jualan, pengurus kewangan dan berbagai-bagai jawatan pengurus, kerani, jurutaip dan berbagai-bagai lagi jawatan yang diwujudkan supaya
perjalanan syarikat jadi lancar dan maju. Pemilik syarikat hanya
bertindak memberi arahan-arahan sahaja dan orang lain yang akan menjalankan kerja-kerja dengan begitu tekun sekali.
Pemilik syarikat akan menjadi kaya-raya dan pekerja pula cuma boleh senang sahaja tetapi tidak kaya, ataupun cuma
cukup-cukup makan sahaja. Begitulah juga jika anda bekerja sebagai seorang jurujual, oleh kerana
pemilik syarikat tempat kerja anda itu malas untuk pergi menjual sendiri barangannya maka dia telah
mengupah ramai jurujual atau eksekutif pemasaran untuk membuat jualan.
Mereka ini akan bekerja dengan rajin supaya mendapat ganjaran dan komisyen yang lumayan. Syarikat pula
memperolehi keuntungan yang besar melalui jualan yang dibuat oleh ramai eksekutif pemasarannya. Seandainya pendapatan anda
sebulan ialah RM2,000, iaitu kira-kira 20% sahaja dari keuntungan sesuatu produk yang dijual. Sebaliknya
syarikat akan memperolehi 80% keuntungannya. Jika sesebuah syarikat mempunyai sepuluh orang jurujual, syarikat akan memperolehi keuntungan sebanyak 800%.
Bayangkanlah pendapatan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dalam sebulan. Ianya seolah-olah
menjadikan orang lain sebagai orang suruhan secara tidak langsung walaupun dibayar gaji yang kononnya agak lumayan. Penulis
bukanlah bermaksud untuk menghina sesiapa atau mana-mana pihak tetapi apa yang mahu penulis sampaikan ialah mengenai
orang yang boleh menjadi kaya tetapi dia masih mempunyai sikap malas lalu menggunakan tenaga orang lain.
Sebaliknya tauke syarikat hanya menggunakan secara maksimum keupayaan akalnya ataupun otaknya. Ini
berbeza dengan orang yang hanya bekerja keras dan hanya menggunakan tenaga tetapi kurang menggunakan akal dan
tidak kaya-kaya walaupun telah bekerja berbelas ataupun berpuluh tahun lamanya. Sebaliknya
majikan akan menjadi lebih kaya dalam masa dua hingga tiga tahun sahaja.
Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah Pengarang : En. Shariff Ahmad
Nak komen skit, berdasarkan pengalaman sendiri memang hasil
keuntungan jualan adalah boleh dikatakan anggaran 80%-90% dan komisen
yang kita berikan kepada mereka yang tolong membuat jualan hanya sekadar 10%
atau 20%. Tetapi dalam perniagaan bukanlah % yang diambil kira
tetapi bagaimanakah caranya kita mampu untuk membuat jualan yang banyak,
pertingkatkan jualan kita dan memperolehi keuntungan yang berterusan. Dari
situlah terhasilnya keuntungan yang berganda.
Tapi buat anda yang bekerja, pendapat En. Shariff tue anda benarnya.
Tapi berdasarkan pendapat saya pula adalah elok sekiranya anda mula
berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, ini sepertimana hadis Rasulullah
S.A.W. mengatakan:
"Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan"
Rasulullah S.A.W. sendiri telah menerangkan keuntungan dalam perniagaan itu.
Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cubalah rasai pengalaman niaga
itu dahulu dan teruskan dengan kerja tetap anda. Mulakan langkah
pertama niaga anda secara sambilan dan sekiranya anda rasa anda sudah
cukup berkemampuan untuk melakukannya secara sepenuh masa. Itu adalah pilihan
yang bijak lagi terbaik. Sampai jumpa lagi...
P/S: Berharap sangat anda sumer leh arr bagi skit komen kalau
kowang rajin bace penulisan tentang pendapat aku nih. Xkisah nak kutuk kerk,
perbetul kerk, tambah kerk, kritik kerk. Bukan aper, cuma nak bekongsi
pendapat anda sumer... tue jerk!! salam perkongsian, tinkiyu...
Nameari August 1, 2005 12:49 PM PDT sudah selayaknya seperti itu. Kehidupan takberjalan tanpa sistem seperti itu. Hal itu merupakan keharmonisan dalam hidup ini. trim
Qish July 3, 2004 02:42 AM PDT ada banyak cara untuk jadi khalifah.. khalifah dihati sendiri, khalifah dihati orang.. bumi nih luas, boleyh share2.. ade khalifah kene jaga khalifah2 yg ada.
like.. kalau seme org fikir xmo idop kerja payah mcm petani, sape nak jd petani ? last2 khalifah yg dekat atas pon mati kebuluran.. nih my opinion lahs, coz i like the world in.. urm.. in its traditional way..
net July 2, 2004 07:39 PM PDT setuju sgt ngan pendapat ncik Op. Tapi setiap manusia tue memang dilahirkan layak tuks menjadi khalifah dimuka bumi nih. Jadinyer setiap manusia memang layak jadi pemerintah. Jadi sesamerlah kiter ke arah tue. ;) tima kasih ncik Op kerana berkongsi...
Op July 2, 2004 01:09 PM PDT kalau semua bekerja sendiri. semua jadi bos. siapa nak jadi pekerjanya? hehe
dalam hidup, ada yang mempunyai talent sbg pemerintah ada yang mempunyai talent sbg yang diperintah :)
Disclaimer:
Blogsite ini merupakan laman blog sokongan kepada blogsite utama yang
menggunakan url : http://netondaline.blogdrive.com Blogsite ini adalah laman blog yang dikhususkan untuk menempatkan &
menampung koleksi bahan-bahan artikel atau cerita menarik yang pernah dipaparkan
di blogsite utama. Terdapat 4 blogsite sokongan telah dibina bagi menempatkan
koleksi bahan-bahan menarik tersebut. Ianya dikelaskan mengikut
kategori-kategori seperti berikut:
blogsite sokongan
1: boutme-ondanet
~ koleksi kisah-kisah atau catatan peribadi mengenai diri saya, aktiviti
yang dilakukan, rakan-rakan dsbgnya khususnya yang melibatkan diri saya. blogsite sokongan 2: mybiz-ondanet
~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat saya di dalam dunia
perniagaan dan kisah-kisah berkaitannya.
blogsite sokongan 3: myfav-ondanet
~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat & hobi saya terutamanya
mengenai komputer, muzik, filem dan sebagainya.
blogsite sokongan 4: mytaz-ondanet
~ koleksi seperti kisah-kisah teladan, tarbiyah, tazkirah dan artikel
menarik berkenaan islam samaada sebagai cara hidup atau pegangan agama. Juga
kupasan mengenai dunia islam masakini yang melibatkan politik, sosio-ekonomi,
budaya dan sebagainya.