Banner
Tarikh & Waktu Tempatan :

my-bizondanet -place where my mind-biz stories goes...

Anda sedang online di mack-netondaline

Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi bertandang ke site cik mack-net... selalulah berkunjung ke sini untuk mengetahui berita-berita dan perkembangan mengenai kami..

[[ Main Blog | 2nd: boutme-ondanet | 3rd: mybiz-ondanet | 4th: myfav-ondanet | 5th: mytaz-ondanet ]]

Saturday, July 03, 2004
Berapa nilai diri anda??

New Page 2

 

Jika anda mempunyai saudara yang kaya-raya dan telah mewasiatkan hartanya untuk anda gunakan pada setiap hari sebanyak RM1,440.00. Mahukah anda? Anda boleh membelanjakan seumur hidup anda. 

Jika anda bekerja dengan seorang majikan yang memperolehi keuntungan perniagaan sebanyak RM50,000.00 sebulan. Adakah anda percaya beliau akan memberi gaji anda lebih daripada RM2,000.00 sebulan? Tidak mungkin! Untuk meningkatkan jualan syarikat anda diberi berbagai insentif jika dapat mencapai sasaran jualan syarikat. Dengan lain perkataan anda perlu melakukan kerja lebih masa. Berapa banyakkah masa yang dimiliki? Cuba lihat perkiraan ini.

Dalam sejam terdapat 60 minit dan dalam sehari ada 24 jam.

~ 60 x 24 = 1440 minit.

Jika dikira masa anda hanya RM1.00 seminit. Maka pendapatan anda sebanyak RM1,440.00 sehari. Pendapatan anda sebulan ialah RM43,200.00. 

Percayakah anda beribu-ribu jutawan di dunia ini mempunyai pendapatan melebihi RM1.00 seminit? Ya!!, sudah tentu.

Harta yang semua orang miliki adalah sama iaitu MASA - 60 minit sejam dan 24 jam sehari. Jadi mengapa ada orang boleh menjadi jutawan? Jawapannya ialah kerana mereka sudah tahu menilai diri mereka. Jadi bagaimana dengan kita? Jadi anda juga boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM1,440.00 setiap hari. Bagaimanakah caranya? Mula-mula sekali anda mesti menginsafi diri anda. Bukalah fikiran anda untuk belajar serba sedikit. Kosongkan fikiran anda barulah anda boleh menerima pengetahuan baru.

George Benard Show pernah berkata bahawa beliau mendapat wang yang cukup banyak hanya dengan melakukan sesuatu perkara beberapa kali seminggu dimana ramai manusia tidak melakukannya. Perkara itu ialah BERFIKIR.

Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah
Pengarang : En. Shariff Ahmad

Aku xtau nak komen apa. Sekadar tuks kesedaran bersama bukan berniat tuk menyinggung memaner pihak. Hehe ;P diri sendiri pons seminit sih xmampu nak lepas singgit lagie. Cukup-cukup makan tuks perut sendiri jeh!. Apapun marilah kita bersama tingkatkan nilai diri kita suma. Maner arr tau leh dapat RM1,440.00 sehari. Gilerk banyak woo!! tiga keturunan pons x abis enjoy, bepoye-poye duit banyak nih. Hehe ;P. X baik ingat enjoy jeh! ingat tuhan skit weihh!!. Kaylah!! salam perkongsian berpanjangan...

P/S: Berharap sangat anda sumer leh arr bagi skit komen kalau kowang rajin bace penulisan tentang pendapat aku nih. Xkisah nak kutuk kerk, perbetul kerk, tambah kerk, kritik kerk. Bukan aper, cuma nak bekongsi pendapat anda sumer... tue jerk!! salam perkongsian, tinkiyu...

Ke Blog Utama


Posted at 03:28 am by macknetoo

pheo phixx
November 27, 2007   08:53 AM PST
 
saudara ni memang sebijk cam kawan saya...otak bisness n die pown minat wat laman2 serta islamic... klu ramai org cam gni... tinggi la martabat orang islam... teruskan ..moga saudara menjadi orang y berjaya duniawi dan ukhrawi...
Name
July 8, 2005   06:09 PM PDT
 
Haha.... Funny.. %)))
kangkung
August 1, 2004   06:28 PM PDT
 
tolong emailkan cerita/karangan tersebut kepada saya... nhmguy@yahoo.com
Fata
July 4, 2004   10:02 AM PDT
 
nak jadi kaya?ehehe sape yg posting..pening eden..net ke sape?apsal kat situ nulis posted by net
net
July 3, 2004   07:17 PM PDT
 
Weihh!! ko nie ard kalau nak posting pons buh arr nick ko sendrie.. hehe ;) Kalau aku kaya aku nak wat Hypermarket paling besar seluruh Malaysia. Market barang halal ngn support produk bumiputra. Aku nak challenge Giant, Tesco, Makro, Bla bla.. Memalukan owang luar kaut untung kat bumi tanah tumpah darah kiter nih. ;P
net
July 3, 2004   11:41 AM PDT
 
he he he net.... kenapa ko selalu citer pasal nak jadik kaya... katakan kalau ko dah kaya satu hari nanti aper yang ko nak buat?
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

[title] Profile Section

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Berapa Lamer Bacer Daa.. ::.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Layan Radio ::.

Klik > :: ERA.FM :: < Klik

Klik > :: HITZ.FM :: < Klik

The service is supported by Jiwang.Net

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Kaunter Pelawat ::.


 The service is supported by
okcounter.com

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


<< July 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
 
[title] Side Section

Disclaimer:  
 Blogsite ini merupakan laman blog sokongan kepada blogsite utama yang menggunakan url : http://netondaline.blogdrive.com
 
 
 
 Blogsite ini adalah laman blog yang dikhususkan untuk menempatkan & menampung koleksi bahan-bahan artikel atau cerita menarik yang pernah dipaparkan di blogsite utama. Terdapat 4 blogsite sokongan telah dibina bagi menempatkan koleksi bahan-bahan menarik tersebut. Ianya dikelaskan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
 
 blogsite sokongan 1:
 
 boutme-ondanet 
 ~ koleksi kisah-kisah atau catatan peribadi mengenai diri saya, aktiviti yang dilakukan, rakan-rakan dsbgnya khususnya yang melibatkan diri saya.
blogsite sokongan 2: 
 
 mybiz-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat saya di dalam dunia perniagaan dan kisah-kisah berkaitannya.
 blogsite sokongan 3:

 
 myfav-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat & hobi saya terutamanya mengenai komputer, muzik, filem dan sebagainya.
 blogsite sokongan 4:

 
 mytaz-ondanet 
 ~ koleksi seperti kisah-kisah teladan, tarbiyah, tazkirah dan artikel menarik berkenaan islam samaada sebagai cara hidup atau pegangan agama. Juga kupasan mengenai dunia islam masakini yang melibatkan politik, sosio-ekonomi, budaya dan sebagainya.



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Copyright © 2004 mack-netondaline
.:: Screen Resolution 1024x768 ::.
.:: 2004 - 2006 my memorial ::.

Blogdrive